Friday, April 24, 2015

Pemanis Semulajadi Atau Pemanis Tiruan?

Di suatu hari, di klinikku ;

"Haa..pakcik. Stevia yang pakcik beli hari tu dah habis belum?"

"Ada sikit lagi dr. Nasib baik dr sebut pasal stevia ni. Hari tu kan dr, pakcik baca kat suratkhabar, stevia ni tak elok juga untuk jangkamasa panjang rupanya dr?"

"Aik? Apasal pakcik? Suratkhabar tulis apa?"

  


"Yalah..dia kata PEMANIS TIRUAN ni jangkapanjangnya berisiko juga. Boleh sebabkan kanser ke apa? Tak derlah dia sebut stevia secara khusus. Tapi stevia nipun masuk dalam kategori pemanis tiruanlah kan dr?"

"Ooo...silap tu pakcik! Stevia bukan pemanis tiruan. Stevia adalah PEMANIS SEMULAJADI. Beza tu pakcik!"

 

"Gitu pulak? Habis tu yang suratkhabar duk cerita pasal pemanis tiruan tu apa dia kalau bukan stevia dr?"

"Banyak jer pemanis tiruan di pasaran sekarang ni pakcik. Contohnya macam aspartame,sirap jagung tinggi fruktosa (orang putih sebut high fructose corn syrup atau HFCS), maltodekstrin, sorbitol dan sucralose. Tapi yang paling famous, aspartame lah. Pakcik pernah dengar tak nama aspartame ni?"



 


"Haaa...kalau aspartame, pakcik pernah dengar tu. Bukan kat klinik dr pun ada jual ke dulu?"

"Pandai pakcik. Sayapun pernah jual dulu untuk pesakit kencing manis. Lama lepas tu keluar isu aspartame ni beri kesan macam-macam pulak yang tak eloknya. Terus saya stop."

"Apa side effect aspartame tu dr?"

"Ada kajian menunjukkan aspartame boleh meningkatkan risiko kanser, tumor otak, sakit parkinson, sawan, mudah lupa, fibromyalgia, malah aspartame tu sendiri juga boleh menyebabkan pengguna tu tadi dapat kencing manis pulak."

"Uih...bahayanya! Risiko kanser apa dr kalau ambik aspartame ni?"

"Kalau ikut kajian yang dilaporkan dalam American Journal of Clinical Nutrition pada tahun 2012, aspartame ni meningkatkan risiko kanser darah jenis lymphoma dan leukimia. Tapi kontoversilah juga isu ni sebab ada juga kajian-kajian lain menunjukkan tiada kaitan antara pengambilan aspartame dengan kanser. Allahua'lam."

"Yalah..penyakit ni dari Allah belaka kan dr? Dia yang beri dan dia juga yang mampu menyembuhkan. Semuanya dengan izin Allah. Tapi kita manusia yang dikurniakan akal ni, kalau dah tahu ambik benda tu berisiko, buat apa nak tempah bahaya, kan doc?"

"Haha..betul sangat-sangat tu pakcik!"

"Hmmm...aspartame pun boleh buatkan kita jadi mudah lupa ek? Cam tu, tak sesuai sangatlah untuk anak-anak yang tengah belajar dan kita orang tua ni yang baru nak belajar ilmu agama sikit-sikit ni. Macamana aspartame boleh rosakkan memori kita tu dr?"

"Haa yang ni saya pernah terbaca juga. Dalam satu kajian tu, katanya kalau aspartame diambil secara berlebihan, ia meningkatkan tekanan oksidatif kepada otak dan mengurangkan bekalan glukosa kepada otak. Aspartame juga mengurangkan kadar bahan neurotransmitter dalam otak. Nilah puncanya yang menyebabkan gangguan fungsi memori otak, sekaligus menjadikan seseorang itu cepat lupa. Boleh faham ke saya terang ni pakcik?"

"Haha...pening juga pakcik dengar perkataan pelik-pelik tu tapi tak perlah dr. Boleh faham dah tu. Kesimpulannya, nak selamat, tak payahlah guna pemanis tiruan cam aspartame ni kan doc? Kan dah ada alternatif pemanis semulajadi cam stevia sekarang ni? Buat apa ler kita nak cari penyakit ambik benda2 tak elok yang orang dah kaji susah-susah untuk kita."

"Hmm..betul dah tu pakcik..hehe.."

"Tapi kan dr, terlintas juga di fikiran pakcik ni...entah2 stevia nipun, lama-lama guna nanti, keluarlah pulak kesan macam-macam lepas kajian dibuat. Ada kemungkinan tak jadi gitu dr?"

"Haha..tuu diaa! Ni baru betul-betul soalan cepumas dari pakcik ni..hihi. Kalau nak sebut mungkin tu, memanglah pakcik. Apa-apa kemungkinanpun boleh berlaku dalam hidup kita ni kan? Makan sayur atau buah yang confirm ada macam-macam kandungan zatnya tupun ada kemungkinan boleh menyebabkan perut tak selesalah, naik anginlah..ikut kesesuaian tubuh masing-masing. Tapi kalau nak dikirakan, stevia ni dah digunakan sejak 1500 tahun dahulu oleh kaum Indian Gurani. Brazil dan Jepun pulak dah guna stevia sebagai perisa makanan lebih 20 tahun dah pakcik kat negara diaorang. Macam-macam kajian dah juga diaorang buat. Setakat ni semua hasil kajian pasal stevia ni lebih menjurus kepada manfaat yang positif. Malah stevia ni diiktiraf oleh Lembaga Makanan Dan Ubat-Ubatan (FDA) pada 17 Disember 2008 sebagai Generally Regarded As Safe (GRAS) dan stevia diiktiraf sebagai makanan tambahan."

"Fuh..dah lama rupanya orang luar tahu pasal stevia ni ya? Kita kat Malaysia ni jelah rupanya baru tahu pasal stevia ni? Haha..ketinggalan sokmolah kita ni ya dr. Kalau gitu, maknanya, katakanlah stevia ni betul ada side effect yang tak bagus..lama dah orang Brazil, orang Jepun kena side effect tu kan? Hihi...tapi sihat walafiat jer pulak diaorang. Kita kat Malaysia yang duk guna gula ni jerlah duk create macam-macam penyakit nyer...hoho...nasibbbblah engkau badan..."

"Betullah tu pakcik. Kalau nak kata stevia ni beri kesan tak elok, lama dah stevia ni diharamkan di negara-negara luar."

"Hmm...lega rasa pakcik dah dapat penerangan lengkap dari dr hari ni. Sebenarnya kan dr, sejak baca berita kat suratkhabar pasal bahaya pemanis tiruan tu, terus jer pakcik berhenti ambik stevia tu. Dah guna gula balikpun...huhu. Pecah rahsia pakcik hari ni."

"Waduhhh...padanlah gula dalam darah pakcik dah naik balik ni!"

"Haha...padan muka pakcik ler kan? Pengajarannya, lain kali kalau tak tahu, bertanyalah pada yang tahu. Jangan pandai-pandai buat kesimpulan sendiri dan ambil tindakan sendiri macam kita ni profesor serba tahu! Kan dr?"

"Hahaha...kelakarlah pakcik ni..."

Kuakhiri klinikku pada sesi petang itu dengan sebuah kepuasan kerana dapat menyampaikan sedikit ilmu buat dia yang mencari...



2 comments:

  1. Bagi saya GILA PASIR ADALAH GULA TIRUAN juga. Ia bukan lagi sugar can sebagaimana kita tahu. Ia hanyalah bahan putih yang komposisinya hanyalah sukrosa yang tiada zat. Malah memberi kesan langsung kepada tubuh yang menyebabkan berpuluh penyakit... moga doktor dapat tulis lagi pasal gula pasir sebenarnya merbahaya, bertoksik dan lebih bahya dari kolesterol....

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete