Monday, April 20, 2015

4 TIDAK Pada Gula Putih

 

"Macamana tak ketagih gula? Lidah kita ni kan, sejak dari bayi lagi dah diperkenalkan dengan gula dalam susu. Kita dah merasai nikmat rasa manis ni dari bayi lagi. Bayangkan! Masa kita kanak-kanakpun, makanan yang menghantui kita adalah gula-gula! Hingga akhirnya makan manis ni dah jadi tabiat dalam hidup kita."

"Betul tu dr. Di Malaysia ni, gula dah jadi satu keperluan sama seperti beras dan minyak masak. Siap jadi barangan harga kawalan lagi. Kalau bekalan gula kurang macam satu krisis dah pulak. Dahsyat betul ya kita masyarakat Malaysia ni duk bergantung kepada gula."

"Itulah masalahnya. Padahal gula putih ni tak perlu sama sekali dalam makanan kita. Gula putih bukan diet asli kita. Kalau pakcik nak tahu, manusia ni kenal gula buatan ni hanya 500 tahun selepas Masihi. Sebelum tu manusia tak pernah kenal gula nipun."

"Alang-alang, boleh tak dr cerita sikit pasal gula halus ni? Pakcik ada jugak dengar orang duk sebut kalau tak der gula langsung, matilah kita tak dapat tenaga. Kadang-kadang keliru jugak pakcik jadinya."

"Haa..bagus soalan pakcik ni. Gula yang beri kita tenaga tu sebenarnya bukan gula putih ni. Itu adalah gula yang unsur asasnya dalam makanan berkanji. Kita makan nasi contohnya, nasi nilah nanti yang akan ditukarkan ke bentuk gula dalam tubuh kita untuk memberi tenaga. Ini yang orang kita banyak tak faham ni pakcik."

"Ooo...gitu ceritanya..."

"Haa...sebab tulah kalau sebut pasal gula putih ni, pakcik tak payah ingat lain. Pakcik ingat ada 4 TIDAK pada gula putih ni yang mewajibkan kita untuk berkata TIDAK pada gula putih!"

"Wah! Apa 4 TIDAK tu dr?"

1. Gula putih TIDAK ASLI
2. Gula putih TIDAK MENYIHATKAN
3. Gula putih TIDAK SELAMAT
4. Gula putih TIDAK PERLU

Bagaimana?

1. Tidak Asli
- Gula putih adalah bahan kimia yang diproses secara industri, bukan wujud secara semulajadi.

2. Tidak Menyihatkan
- Gula putih telah menjalani proses penapisan yang menyebabkannya hilang nilai pemakanan atau dengan maksud lainnya, menjadi makanan yang tidak berguna.
- Gula putih adalah penyerang toksik terbesar tubuh kerana gula berlebihan jelas sekali menggalakkan penyakit dan proses penuaan.
- Lebih 60 penyakit dikaitkan dengan pengambilan gula seperti kanser, asma, alahan, diabetes dan penyakit jantung.
- Tubuh sendiri terpaksa mengeluarkan vitamin dan zat galian daripada simpanan untuk memetabolismakan gula. Akibatnya tubuh kekurangan zat galian dan vitamin.

3. Tidak Selamat
- Gula adalah racun bahan kimia yang merosakkan kesihatan dalam jangka panjang.
- Bahkan gula juga menyebabkan ketagihan. Satu laporan dari AS menunjukkan 95% penduduk ketagihan gula hingga ke suatu tahap.

4. Tidak Perlu
- Gula halus hanya muncul 500 tahun selepas Masihi. Ini bermakna sejak ratusan ribu tahun dahulu manusia tidak memakan gula namun mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat.

"Jom pakcik, kita sama-sama tinggalkan gula. Kalau nak jugak ada rasa manis dalam minuman atau masakan, kita ganti jer gula tu dengan pemanis semulajadi ciptaan Allah untuk kita iaitu STEVIA!"

 

No comments:

Post a Comment