Tuesday, May 5, 2015

Gula Tersembunyi Lebih Merbahaya?

Sedar atau tidak sebenarnya industri gula pasir merupakan industri yang 'dilindungi' oleh pemerintah samada di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Kanada dan banyak lagi negara-negara Eropah dan tidak terkecuali di negara kita Malaysia.

Mengapa demikian? Kerana gula adalah BAHAN UTAMA dalam industri makanan dan industri makanan adalah industri yang menyumbang hasil yang besar kepada negara di dunia. Malaysia saja mengimpot sebanyak RM34.5 billion pada tahun 2011 dan secara keseluruhannya berjumlah AS3.5 trillion di dunia.

Sebab itu kerajaan tidak pernah secara rasmi menyatakan bahawa gula pasir itu perlu dijauhi kerana ia menyumbang kepada ekonomi negara. Begitu juga di negara-negara lain di dunia.

Rasa manis memang nikmat. Cuba cari bahan makanan proses di dapur kita yang tidak mengandungi gula. Barangkali 90% bergula. Kicap yang rasanya masin itupun ada gula!

Pernahkah kita mendengar bahawa seseorang itu menghidapi kencing manis meskipun mereka mendakwa kurang mengambil gula? Pernahkah kita mendengar seseorang pesakit kencing manis sangat sukar untuk mengawal penyakit kencing manisnya meskipun telah mengawal pengambilan gula? Nah! Jawapannya ialah gula tersembunyi.

Antara minuman yang banyak mengandungi gula tersembunyi ialah minuman bergas, susu pekat manis, minuman 3 in 1 dan banyak lagi. Boleh search dalam internet. Bagaimana mungkin sesetengah syarikat boleh mendakwa minumannya itu berkhasiat dan boleh mencegah penyakit sedangkan di dalamnya mengandungi gula pasir yang tinggi?

Alangkah malangnya kita sebagai pengguna tetapi selalu saja digunakan untuk tujuan ekonomi semata-mata kerana kurangnya pengetahuan berkaitan gula pasir itu sendiri.

Ayuh! Upgrade ilmu kesihatan kita untuk masa depan generasi kita...

"Hindari Gula Nikmati Stevia"

Sila tekan di ruangan STOKIS untuk mendapatkan produk STEVIA yang terlaris masakini !!

Sunday, May 3, 2015

Apa Ada Pada Gula?

Apa Ada Pada Gula?

Oleh Melati Mohd Ariff

Kekurangan bekalan dan kenaikan harga runcit gula menimbulkan persoalan. Apa yang ada pada gula sehingga pengguna yang bijak turut membiarkan diri mereka menjadi 'semut' sanggup 'berebut' kerana bahan pemanis ini?

Rencana tiga siri ini memaparkan beberapa pandangan mengenai gula. Ini ialah bahagian pertama daripada tiga siri.

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) - "Gula memudaratkan kesihatan". "Gula itu racun". "Gula penyebab pelbagai penyakit kronik." Ini antara perkara negatif yang dikaitkan dengan gula. Malah pepatah Melayu ada juga menyebut "Mati semut kerana gula".

Namun, di sebalik impak negatif yang semakin dikaitkan dengan pengambilan gula secara berlebihan, adalah jelas sesetengah masyarakat pengguna di negara ini masih tidak mahu mengambil peduli akan bahaya yang boleh disebabkan oleh gula.

Untuk kelompok ini, kesihatan mungkin bukan isu utama dalam kehidupan mereka. Peringatan atau nasihat baik daripada pakar pemakanan atau perubatan bak 'masuk telinga kanan keluar telinga kiri'.

SEJARAH GULA

Mahu tidak mahu gula pasir halus sememangnya menjadi sebahagian daripada kehidupan masa kini sehinggakan ada yang seperti tidak boleh hidup tanpa bahan pemanis ini.

Menurut Ensiklopedia bebas, Wikipedia, bahan utama yang digunakan dalam pembuatan gula ialah tebu. Tebu kuning dan tebu hitam biasa digunakan.

Dilaporkan kira-kira 107 buah negara menanam tebu untuk menghasilkan sekitar 1,324 juta tan gula. Negara pengeluar terbesar gula, mengikut Wikipedia ialah Brazil, India, China dan Pakistan.

Batang tebu yang tebal menyimpan sukrosa. Secara ringkasnya, daripada air tebu yang kaya dengan sukrosa ini, gula dihasilkan.

GULA ITU RACUN

Rasa gula sememangnya manis tetapi di sebalik kemanisan itu ia sebenarnya mengundang bahaya!

Pada 1929, Sir Frederick Banting, penemu bersama insulin (hormon utama mengawal metabolisme glukos dalam tubuh manusia) mendapati diabetes ialah penyakit lazim dalam kalangan pemilik ladang tebu warga asing di Panama sementara pemotong tebu yang terdiri daripada penduduk peribumi Panama tidak menghidap penyakit kronik itu.

Sebabnya? Pemilik ladang tebu mengambil gula putih halus yang dihasilkan daripada tebu dengan kadar yang banyak sedangkan pemotong tebu sekadar mengunyah keratan tebu!

Impak negatif gula putih halus turut ditekankan pakar pemakanan dunia yang tersohor, Dr William Coda Martin.

Pada 1957, beliau tampil mengklasifikasi gula putih halus sebagai 'racun'! Dr Martin membuat takrifan ini daripada segi perubatan kerana gula merupakan antara bahan yang jika diaplikasi ke tubuh, ditelan atau diproses di dalam tubuh akan menyebabkan atau mungkin menyebabkan penyakit.

Beliau turut mengklasifikasi gula sebagai racun kerana kandungan vitamin dan galiannya rendah dan apa yang tinggal hanyalah karbohidrat tulen.

Tetapi gula akan 'melahap' vitamin dan galian yang berharga daripada tubuh manusia antaranya untuk tujuan pencernaan dan detoksifikasi.

Pengambilan gula setiap hari juga dilapor menghasilkan keadaan lebihan asid dan galian di dalam tubuh dan ketidakseimbangan ini perlu diperbetul.

PERLUKAH GULA?

Selain gula pasir halus dan gula perang sebagai bahan pemanis, terdapat bahan pemanis lain seperti madu dan sirap maple serta 'gula yang tidak dapat dilihat'.

Pakar pemakanan tempatan, Mary Easaw John menarik perhatian bahawa gula yang tersembunyi boleh ditemui di dalam roti, aiskrim, coklat, pastri, pai dan kuih-muih yang lain.

"Untuk membuat roti, ia memerlukan yis atau ragi. Bahan ini pula berkehendakkan gula untuk mengaktifkannya dan memastikan roti menjadi," katanya

Beliau berkata jeli dan jem mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Sebagai contoh, 60 peratus kandungan jem ialah gula.

Sepotong kuih pula, katanya, mengandungi setengah sudu teh gula, sementara minuman berkarbonat pula mengandungi lapan hingga sembilan sudu teh gula.

Justeru, katanya kita sebenarnya tidak memerlukan gula pasir halus dalam kehidupan harian.

"Apa yang perlu ialah kita mendidik cita rasa kita. Kalau hendak pun mengambil gula pasir halus, enam atau tujuh sudu teh gula pasir halus sudah memadai. Ini termasuk gula yang tersembunyi seperti dalam kek serta manisan yang lain.

"Gula yang berlebihan dalam tubuh manusia akan disimpan sebagai lemak. Ini berbeza jika kita makan sayur atau buah-buahan, ada galian dan vitamin dan ia tidak disimpan dengan cara begitu," katanya kepada Bernama.

Beliau turut menasihatkan pengguna supaya berhati-hati apabila mahu membeli makanan yang sudah diproses.

"Ambil sedikit masa untuk teliti label makanan. Periksa kandungan lemak dan gula," kata Easaw John.

LEDAKAN DIABETES

Sebuah agensi berita Barat baru-baru ini melaporkan, makanan ringan Barat menjadi punca ledakan penyakit diabetes di rantau Asia Tenggara.

Kajian yang dibuat mendapati kira-kira 11 peratus lelaki dan 12 peratus wanita di Bandar raya Ho Chi Minh, Vietnam, tanpa mereka sedar menghidap diabetes Jenis 2, tidak termasuk empat peratus rakyat negara itu yang disahkan sebagai pesakit diabetes.

Diabetes Jenis 2, paling lazim disebabkan paras lemak dan gula yang tinggi dalam pemakanan di samping kurang senaman. Ia antaranya boleh menyebabkan kegagalan ginjal dan penyakit jantung.

Di peringkat global pula, Persekutuan Diabetes Antarabangsa menganggarkan menjelang 2025 akan terdapat 147 juta orang penghidap diabetes berusia 60 tahun atau lebih.

Statistik negara turut menunjukkan peningkatan dalam jumlah penghidap diabetes.

Pada 2009, sebanyak 17 peratus daripada 27 juta penduduk menghidap diabetes sementara data 2006 pula menunjukkan 21 peratus rakyat mengalami kegemukan dan 6.2 peratus lagi obesiti.

Justeru, apakah kita mahu terus menikmati kemanisan gula dan menjadi penderita penyakit diabetes atau penyakit kronik lain terutama di usia senja kita?

BERNAMA

Pengenalan Ringkas Stevia

APA ITU STEVIA?

PRODUK TERHANGAT MASA KINI...!!!

PENGENALAN

Merupakan produk yang mengandungi ekstrak dari daun stevia. Kemanisan yang terhasil dari daun stevia merupakan Pemanis Semulajadi yang 300 kali lebih manis dari gula biasa. Kajian klinikal menunjukkan STEVIA berguna sebagai pengganti gula. Lebih dari sifat pemanis, kajian juga menunjukkan kesan positif stevia pada :
- penurunan tahap gula dalam darah pada pesakit diabetes
- penurunan tahap tekanan darah tinggi pada pesakit darah tinggi
- penurunan berat badan pada pesakit obesiti

Ciri paling unik mengenai stevia ialah ia merupakan pemanis semulajadi yang TIDAK MENGANDUNGI KALORI. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap stevia. Kajian terhadap toksisiti mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid adalah TIDAK TOKSIK.

KHASIAT STEVIA

- Mengimbangi kandungan gula dalam badan
- Menurunkan kadar gula yang terdapat di dalam darah sesuai untuk pesakit diabetes
- Melawaskan pembuangan air kencing
- Meningkatkan kadar tenaga di dalam tubuh badan
- Membantu sistem penghadaman makanan
- Dan banyak lagi kebaikan stevia

Untuk maklumat lanjut boleh terus hubungi kami - Stokis-stokis utama di seluruh Malaysia (pilih butang STOKIS)

Saturday, April 25, 2015

Testimoni 1 : Keputusan Kandungan Gula Dalam Darah (BSP) Denga Stevia

Salinan perbualan di antara penulis dan Dr Amir Faisal bin Dato' Dr Mohd Khairi, Pegawai Perubatan Dan Kesihatan, Klinik Kesihatan Jengka 8, Pahang (juga merupakan anak saudara penulis) :

18 Mac 2015 :

"Salam. Che Su, Ayah Su...Amir start Stevia Programme di klinik since 1 week ago. Hari ni patient datang untuk cek darah. Amazing result!"

Keputusan gula dalam darah (blood sugar profile) sebelum (10/3/15) dan selepas (17/3/15)

Keputusan gula dalam darah (bood sugar profile) sebelum (before) dan selepas (after)

Both patient on T.Metformin 1g bd + T.Gliclazide 160mg bd, refused for insulin. Medications dose tak tukar. Yang tukar hanya :

1. Gula pasir to STEVIA
2. Katakan TIDAK pada susu pekat manis
3. Kurangkan sikit sukatan nasi

Alhamdulillah..

"Patient tak perlu lagi takut untuk minum manis, kan Che Su? Hanya tukar gula pasir kepada STEVIA!"

18 April 2015 :

"Che Su, tengok result ni! Hmm...patient ni dah tak compliance ganti gula denga stevia. Aduhaiii sayangnya. Che Su tengoklah apa jadi bila patient ambik gula semula. Malas nak sambung stevia katanya..."

Gula dalam darah sangat tinggi sebelum memulakan program stevia. Mula program stevia pada 26/2/15 - kandungan gula dalam darah menjunam turun selepas 2 minggu strictly tak ambik gula. Hanya guna stevia sebagai pemanis (rujuk tarikh 12/3/15). Malangnya selepas itu patient mula senang hati dan kembali mengambil gula (malas nak sambung stevia katanya). Keputusan gula dalam darah kembali melonjak naik! (lihat tarikh 15/4/15)
Nah! Pilihan di tangan anda....

Hindari Gula, Nikmati Stevia!


Friday, April 24, 2015

Pemanis Semulajadi Atau Pemanis Tiruan?

Di suatu hari, di klinikku ;

"Haa..pakcik. Stevia yang pakcik beli hari tu dah habis belum?"

"Ada sikit lagi dr. Nasib baik dr sebut pasal stevia ni. Hari tu kan dr, pakcik baca kat suratkhabar, stevia ni tak elok juga untuk jangkamasa panjang rupanya dr?"

"Aik? Apasal pakcik? Suratkhabar tulis apa?"

  


"Yalah..dia kata PEMANIS TIRUAN ni jangkapanjangnya berisiko juga. Boleh sebabkan kanser ke apa? Tak derlah dia sebut stevia secara khusus. Tapi stevia nipun masuk dalam kategori pemanis tiruanlah kan dr?"

"Ooo...silap tu pakcik! Stevia bukan pemanis tiruan. Stevia adalah PEMANIS SEMULAJADI. Beza tu pakcik!"

 

"Gitu pulak? Habis tu yang suratkhabar duk cerita pasal pemanis tiruan tu apa dia kalau bukan stevia dr?"

"Banyak jer pemanis tiruan di pasaran sekarang ni pakcik. Contohnya macam aspartame,sirap jagung tinggi fruktosa (orang putih sebut high fructose corn syrup atau HFCS), maltodekstrin, sorbitol dan sucralose. Tapi yang paling famous, aspartame lah. Pakcik pernah dengar tak nama aspartame ni?"



 


"Haaa...kalau aspartame, pakcik pernah dengar tu. Bukan kat klinik dr pun ada jual ke dulu?"

"Pandai pakcik. Sayapun pernah jual dulu untuk pesakit kencing manis. Lama lepas tu keluar isu aspartame ni beri kesan macam-macam pulak yang tak eloknya. Terus saya stop."

"Apa side effect aspartame tu dr?"

"Ada kajian menunjukkan aspartame boleh meningkatkan risiko kanser, tumor otak, sakit parkinson, sawan, mudah lupa, fibromyalgia, malah aspartame tu sendiri juga boleh menyebabkan pengguna tu tadi dapat kencing manis pulak."

"Uih...bahayanya! Risiko kanser apa dr kalau ambik aspartame ni?"

"Kalau ikut kajian yang dilaporkan dalam American Journal of Clinical Nutrition pada tahun 2012, aspartame ni meningkatkan risiko kanser darah jenis lymphoma dan leukimia. Tapi kontoversilah juga isu ni sebab ada juga kajian-kajian lain menunjukkan tiada kaitan antara pengambilan aspartame dengan kanser. Allahua'lam."

"Yalah..penyakit ni dari Allah belaka kan dr? Dia yang beri dan dia juga yang mampu menyembuhkan. Semuanya dengan izin Allah. Tapi kita manusia yang dikurniakan akal ni, kalau dah tahu ambik benda tu berisiko, buat apa nak tempah bahaya, kan doc?"

"Haha..betul sangat-sangat tu pakcik!"

"Hmmm...aspartame pun boleh buatkan kita jadi mudah lupa ek? Cam tu, tak sesuai sangatlah untuk anak-anak yang tengah belajar dan kita orang tua ni yang baru nak belajar ilmu agama sikit-sikit ni. Macamana aspartame boleh rosakkan memori kita tu dr?"

"Haa yang ni saya pernah terbaca juga. Dalam satu kajian tu, katanya kalau aspartame diambil secara berlebihan, ia meningkatkan tekanan oksidatif kepada otak dan mengurangkan bekalan glukosa kepada otak. Aspartame juga mengurangkan kadar bahan neurotransmitter dalam otak. Nilah puncanya yang menyebabkan gangguan fungsi memori otak, sekaligus menjadikan seseorang itu cepat lupa. Boleh faham ke saya terang ni pakcik?"

"Haha...pening juga pakcik dengar perkataan pelik-pelik tu tapi tak perlah dr. Boleh faham dah tu. Kesimpulannya, nak selamat, tak payahlah guna pemanis tiruan cam aspartame ni kan doc? Kan dah ada alternatif pemanis semulajadi cam stevia sekarang ni? Buat apa ler kita nak cari penyakit ambik benda2 tak elok yang orang dah kaji susah-susah untuk kita."

"Hmm..betul dah tu pakcik..hehe.."

"Tapi kan dr, terlintas juga di fikiran pakcik ni...entah2 stevia nipun, lama-lama guna nanti, keluarlah pulak kesan macam-macam lepas kajian dibuat. Ada kemungkinan tak jadi gitu dr?"

"Haha..tuu diaa! Ni baru betul-betul soalan cepumas dari pakcik ni..hihi. Kalau nak sebut mungkin tu, memanglah pakcik. Apa-apa kemungkinanpun boleh berlaku dalam hidup kita ni kan? Makan sayur atau buah yang confirm ada macam-macam kandungan zatnya tupun ada kemungkinan boleh menyebabkan perut tak selesalah, naik anginlah..ikut kesesuaian tubuh masing-masing. Tapi kalau nak dikirakan, stevia ni dah digunakan sejak 1500 tahun dahulu oleh kaum Indian Gurani. Brazil dan Jepun pulak dah guna stevia sebagai perisa makanan lebih 20 tahun dah pakcik kat negara diaorang. Macam-macam kajian dah juga diaorang buat. Setakat ni semua hasil kajian pasal stevia ni lebih menjurus kepada manfaat yang positif. Malah stevia ni diiktiraf oleh Lembaga Makanan Dan Ubat-Ubatan (FDA) pada 17 Disember 2008 sebagai Generally Regarded As Safe (GRAS) dan stevia diiktiraf sebagai makanan tambahan."

"Fuh..dah lama rupanya orang luar tahu pasal stevia ni ya? Kita kat Malaysia ni jelah rupanya baru tahu pasal stevia ni? Haha..ketinggalan sokmolah kita ni ya dr. Kalau gitu, maknanya, katakanlah stevia ni betul ada side effect yang tak bagus..lama dah orang Brazil, orang Jepun kena side effect tu kan? Hihi...tapi sihat walafiat jer pulak diaorang. Kita kat Malaysia yang duk guna gula ni jerlah duk create macam-macam penyakit nyer...hoho...nasibbbblah engkau badan..."

"Betullah tu pakcik. Kalau nak kata stevia ni beri kesan tak elok, lama dah stevia ni diharamkan di negara-negara luar."

"Hmm...lega rasa pakcik dah dapat penerangan lengkap dari dr hari ni. Sebenarnya kan dr, sejak baca berita kat suratkhabar pasal bahaya pemanis tiruan tu, terus jer pakcik berhenti ambik stevia tu. Dah guna gula balikpun...huhu. Pecah rahsia pakcik hari ni."

"Waduhhh...padanlah gula dalam darah pakcik dah naik balik ni!"

"Haha...padan muka pakcik ler kan? Pengajarannya, lain kali kalau tak tahu, bertanyalah pada yang tahu. Jangan pandai-pandai buat kesimpulan sendiri dan ambil tindakan sendiri macam kita ni profesor serba tahu! Kan dr?"

"Hahaha...kelakarlah pakcik ni..."

Kuakhiri klinikku pada sesi petang itu dengan sebuah kepuasan kerana dapat menyampaikan sedikit ilmu buat dia yang mencari...



Monday, April 20, 2015

4 TIDAK Pada Gula Putih

 

"Macamana tak ketagih gula? Lidah kita ni kan, sejak dari bayi lagi dah diperkenalkan dengan gula dalam susu. Kita dah merasai nikmat rasa manis ni dari bayi lagi. Bayangkan! Masa kita kanak-kanakpun, makanan yang menghantui kita adalah gula-gula! Hingga akhirnya makan manis ni dah jadi tabiat dalam hidup kita."

"Betul tu dr. Di Malaysia ni, gula dah jadi satu keperluan sama seperti beras dan minyak masak. Siap jadi barangan harga kawalan lagi. Kalau bekalan gula kurang macam satu krisis dah pulak. Dahsyat betul ya kita masyarakat Malaysia ni duk bergantung kepada gula."

"Itulah masalahnya. Padahal gula putih ni tak perlu sama sekali dalam makanan kita. Gula putih bukan diet asli kita. Kalau pakcik nak tahu, manusia ni kenal gula buatan ni hanya 500 tahun selepas Masihi. Sebelum tu manusia tak pernah kenal gula nipun."

"Alang-alang, boleh tak dr cerita sikit pasal gula halus ni? Pakcik ada jugak dengar orang duk sebut kalau tak der gula langsung, matilah kita tak dapat tenaga. Kadang-kadang keliru jugak pakcik jadinya."

"Haa..bagus soalan pakcik ni. Gula yang beri kita tenaga tu sebenarnya bukan gula putih ni. Itu adalah gula yang unsur asasnya dalam makanan berkanji. Kita makan nasi contohnya, nasi nilah nanti yang akan ditukarkan ke bentuk gula dalam tubuh kita untuk memberi tenaga. Ini yang orang kita banyak tak faham ni pakcik."

"Ooo...gitu ceritanya..."

"Haa...sebab tulah kalau sebut pasal gula putih ni, pakcik tak payah ingat lain. Pakcik ingat ada 4 TIDAK pada gula putih ni yang mewajibkan kita untuk berkata TIDAK pada gula putih!"

"Wah! Apa 4 TIDAK tu dr?"

1. Gula putih TIDAK ASLI
2. Gula putih TIDAK MENYIHATKAN
3. Gula putih TIDAK SELAMAT
4. Gula putih TIDAK PERLU

Bagaimana?

1. Tidak Asli
- Gula putih adalah bahan kimia yang diproses secara industri, bukan wujud secara semulajadi.

2. Tidak Menyihatkan
- Gula putih telah menjalani proses penapisan yang menyebabkannya hilang nilai pemakanan atau dengan maksud lainnya, menjadi makanan yang tidak berguna.
- Gula putih adalah penyerang toksik terbesar tubuh kerana gula berlebihan jelas sekali menggalakkan penyakit dan proses penuaan.
- Lebih 60 penyakit dikaitkan dengan pengambilan gula seperti kanser, asma, alahan, diabetes dan penyakit jantung.
- Tubuh sendiri terpaksa mengeluarkan vitamin dan zat galian daripada simpanan untuk memetabolismakan gula. Akibatnya tubuh kekurangan zat galian dan vitamin.

3. Tidak Selamat
- Gula adalah racun bahan kimia yang merosakkan kesihatan dalam jangka panjang.
- Bahkan gula juga menyebabkan ketagihan. Satu laporan dari AS menunjukkan 95% penduduk ketagihan gula hingga ke suatu tahap.

4. Tidak Perlu
- Gula halus hanya muncul 500 tahun selepas Masihi. Ini bermakna sejak ratusan ribu tahun dahulu manusia tidak memakan gula namun mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat.

"Jom pakcik, kita sama-sama tinggalkan gula. Kalau nak jugak ada rasa manis dalam minuman atau masakan, kita ganti jer gula tu dengan pemanis semulajadi ciptaan Allah untuk kita iaitu STEVIA!"

 

Sunday, April 19, 2015

Apa Itu Stevia?

"Kenapa puan tak guna stevia jer sebagai pengganti gula? Gula ni kan bahaya puan! Kalau puan baca buku Panduan CAP tu, lebih 60 penyakit adalah berkait dengan pengambilan gula. Selama ni kita duk ingat gula ni penyebab kencing manis jer kan?"

"Ya ke dr? Memangpun. Ingatkan gula ni buat kita jadi kencing manis jer. Tak sangka pulak gula bawak mudarat macam tu sekali. Habis tu, stevia tu apa benda dr?"

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas :

- Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Di Malaysia ia juga digelar sebagai Pokok Gula kerana dipercayai dapat mengurangkan kencing manis. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari Spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. 

- Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. 

- Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti. 

- Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar. 

- Kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. 

- Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.

- Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. 

- Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia. 

- Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid tidak toksik. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel, ia juga tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan.

- Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati Steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus. 

- Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari. Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan , tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi. 

- Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia. Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol. Steviol didapati tidak menghasilkan glukos. 

- Pada tahun 2000 juga, para pengkaji di Denmark telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan, hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hiperglisemik dalam rawatan diabetes jenis 2. 

Di tulis oleh che goldenarm.
Laman ini diubah buat kali terakhir pada 08:15, 4 Ogos 2013.